INGIN MENGANDUNG LAGI-(2)-DAH ADA ANAK PEREMPUAN; NAK CUBA DAPAT LELAKI.. DAH MENGANDUNG
Tuesday, December 12th, 2006Puan Rita bejumpa saya pada awal 1999 setelah mengalami keguguran. Pakar sakit puan mengesahkan adanya ‘ovarian cyst’ dan menyarankan supaya dijalankan pembedahan jika inginkan zuriat. Setelah menjalankan rawatan dengan kami selama dua bulan, pemeriksaan ultra sound mengesahkan ketiadaan cyst lagi. Bulan seterusnya dia disahkan mengandung. Seorang bayi perempuan telah selamat di lahirkan.
Setelah menunggu selama enam tahun dan masih belum mendapat anak kedua, Puan Rita telah datang semula berjumpa kami pada akhir tahun 2005; menyatakan hasratnya untuk mencuba rawatan bagi mendapatkan zuriat lagi dan inginkan anak lelaki pula. Sebulan selepas rawatan dia disahkan mengandung…dan Alhamduliilah 10 bulan kemudian M.A.Imran telah selamat di lahirkan.
Ini adalah antara kes-kes yang telah mendapat rawatan kesuburan di klinik kami dan dengan Izin Allah berhasil. Semua ini ditulis untuk memberi rangsangan kepada pasangan-pasangan yang belum berzuriat agar tidak berputus asa berusaha dan insyaAllah akan di berkati Allah juga.
